JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah agama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi tujuh pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap seorang pelajar pada akhir tahun lalu dan tahun ini.
Walau bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Zulkarnain Mohd. Zin, 34, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Zulkarnain didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun pada 2023 dan 15 tahun pada ...