GEORGE TOWN : Polis berjaya menahan 11 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan yang menjalankan aktiviti jenayah yang berleluasa di Pulau Pinang, semalam.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada lelaki dewasa itu ditahan dalam satu operasi khas yang dikenali sebagai Op Cantas Mutiara kira-kira pukul 3.30 pagi.
Katanya, selain Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, operasi yang dijalankan di sekitar negeri ini itu turut dibantu ...