Melewati usia lebih dua dekad sebagai penghibur menerusi nama pentas yang dicipta berawal daripada Haslia kepada Alyah, insan ini lebih daripada cukup saya kelaskan sebagai penyanyi gred A.
Julat vokalnya yang tajam membuatkan saya terus terpaku mendengar setiap alunannya. Vokalnya kekal di garisan penempatan dan itu yang menjadikan bunyinya kedengaran gemersik seakan buluh perindu.
Alyah terkenal sebagai pempengaruh lagu-lagu berkonsepkan dambaan cinta manusia, sedih, putus asa dan kecurangan yang terbukti menerusi rangkaian hit Read More →

Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024
KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menumpaskan Lubnan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Romel Morales menjadi wira Harimau Malaya selepas gol tunggalnya pada minit ke-33 berjaya menamatkn kemarau Malaysia untuk menjulang piala.
Gol itu terhasil selepas Morales berjaya melakukan rembatan dari dalam kotak penalti selepas keadaan kelam kabut hasil lontaran ke dalam jarak jauh yang dilakukan Corbin Ong.
Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan bersambung babak kPEMAIN negara meraikan gol ...

Malaysia dahului Lubnan 1-0
KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mendahului Lubnan 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Romel Morales pada minit ke-33 selepas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melakukan rembatan jarak dekat di dalam kotak penalti.
Penyerang naturalisasi negara itu memanfaatkan peluang terhidang selepas keadaan kucar kacir didalam kotak penalti selepas Corbin Ong melakukan balingan ke dalam menarik.
Dalam aksi itu, anak-anak buah Pau Marti Vicente menguasai perlawanan sejak wisel ...

Sudah lupa macam mana ‘action’-Baggio
KALAU ditanya siapa penyanyi lama yang peminat mahu lihat beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV), pastinya nama Baggio antara yang lantang disebut. Namun sayangnya, dia kekal dengan pendirian enggan.
Acap kali juga pertanyaan sama soal GV singgah pada setiap sesi temubual, namun berulang-ulang juga penyanyi itu menyatakan keengganannya. Padanya, dia tidak mahu ‘menelanjangkan’ kelemahan diri di hadapan peminat.
Namun ada juga yang bertanya, bila agaknya vokalis Damasutra ini mahu kembali ke layar kaca? Adakah dia ...

Letak syarat RM70,000 sebagai penolakan
Wah, sekali dengar, cerita ini macam kisah dongeng Puteri Gunung Ledang pula. Penolakan dengan menggunakan syarat.
Inilah gosip yang sampai ke telinga Cik Bunga bila mana ada kalangan orang industri mengadu, seorang selebriti berstatus VIP ini sengaja meletakkan syarat sebagai satu cara halus untuk menolak sebarang tawaran yang dia rasakan dia tidak mahu.
Jumlah wang yang diletakkan sebagai syarat mungkin tidaklah statik pada sesetengah angka sahaja.
Pendek kata, ikut suka dia hendak letak berapa ...

Insiden Gaduh Di Jalan Raya, Hafiz Suip Jalani Bon Berkelakuan Baik 6 Bulan
Susulan insiden pergaduhan di jalan raya pada Ogos lalu, penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik.
Memetik Kosmo, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu.
BACA: Hafiz Suip Bertumbuk Di Jalan Raya, Rakan Cerita Hal Sebenar
Dalam perintah yang dikeluarkan pada Khamis lalu, ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 bagi mengelakkan daripada perbuatan sama berulang.
Terdahulu, tular video pelantun ...

Apa status Fazura?

BUKAN Cik Bunga saja, kita juga percaya beribu-ribu orang lagi tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi terhadap rumah tangga pasangan pelakon, Fazura dan Fattah Amin ini? Sejak desas-desus mengenai keretakan rumah tangga mereka bertebaran di segala platform media massa, ramai pula pakar peramal dan ahli nujum mendakwa Fazura dan Fattah sudah ‘confirm’ berpisah. Masa Cik Bunga … Read More →

Dakwa Teresa bawah Akta Hasutan-Pemuda Pas Kelantan
KOTA BHARU: Pemuda Pas Kelantan mahu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa mengikut Akta Hasutan selepas kenyataan yang dibuat berkait isu sijil halal menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Ketuanya, Mohamad Kamal Mohamad berkata, tindakan itu dianggap sudah melanggar ‘garisan merah’ kerana pensijilan halal bukan perkara baharu di Malaysia malah telah diiktiraf di peringkat dunia.
Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Teresa itu boleh mengundang perkara-perkara tidak baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
“Kami (Pemuda Pas Kelantan) berharap Majlis Raja-Raja dapat campur tangan ...

Penyokong hidupkan semula SNBJ
KUALA LUMPUR: Jumlah kehadiran penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bertambah malam ini bagi menyaksikan aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Harimau Malaya menentang Lubnan, malam ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jumlah kehadiran penyokong lebih ramai di perkarangan SNBJ berbanding aksi Malaysia menentang Filipina pada Rabu lalu, sekali gus kembali menghidupkan suasana perlawanan akhir.
Pada aksi menentang Filipina, SNBJ kelihatan suram tanpa kehadiran penyokong yang ramai berbanding perlawanan sebelum ini selepas adanya gerakan boikot daripada Ultras Malaya terhadap Pestabola ...

Polisi siber perlu lebih tulus elak berlaku perkara sama

PETALING JAYA: Polisi siber yang dilaksanakan kerajaan perlu telus bagi mengelak kontroversi sama seperti penghalaan semula perkhidmatan nama domain (DNS) yang dilaksana, namun dibatalkan selepas beberapa hari. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil tidak menafikan terdapat kebaikan dan keburukan jika kerajaan melaksanakan DNS. Bagaimanapun, menurutnya, pelaksanaan ini dapat menyekat pelbagai kandungan yang salah… … Read More →