PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac) mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 11.9 peratus kepada RM129.7 juta bagi tempoh enam bulan yang berakhir Oktober 2024, berbanding RM115.9 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan, pertumbuhan itu didorong oleh kemajuan pembinaan yang stabil bagi projek-projek yang sedang dijalankan.
Glomac berkata, penyumbang utama termasuk Saujana Perdana serta dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi, Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences.
“Kumpulan juga mencatatkan peningkatan hasil tidak diaudit kepada RM56.4 juta ...