PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) melakukan kebangkitan untuk memastikan tiket ke suku akhir Piala Malaysia menjadi milik mereka apabila menewaskan PDRM FC 3-0 sekali gus mencatat kemenangan agregat 4-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Skuad kendalian P. Maniam yang sebelum ini menewaskan NSFC 2-1 pada Ahad lalu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila gawang mereka bolos seawal minit keenam menerusi gol sendiri Eizrul Ashraf Nor Effendy berpunca daripada sepakan ...