PETALING JAYA: Dunia bola sepak tempatan dilanda kesedihan susulan penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.15 malam tadi. Allahyarham dilaporkan rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan melibatkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena aksi empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. … Read More →
PETALING JAYA: Negara-negara membangun tidak lagi wajar dianggap sebagai ‘pemain pinggiran’ dalam sistem global.
Perkara itu dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berucap pada Forum Perniagaan BRICS sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-17 di Rio De Janeiro, Brazil hari ini.
“Kita (negara membangun) bukan sekadar pewaris sejarah pasca penjajahan. Kita kini bangkit sebagai kuasa bermaruah yang memiliki kekuatan tersendiri dalam teknologi, perdagangan, kepimpinan dan suara moral dunia,” kata beliau menerusi perkongsian di Facebook.
KANGAR: Pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau, Pedu berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 40 peserta membabitkan golongan veteran dan belia. Ia dianjurkan Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tempat pertama menerima hadiah wang tunai … Read More →
SHAH ALAM :Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuka tirai musim baharu 2025-2026 dengan pelancaran rasmi bola perlawanan PUMA Orbita MFL 1 yang bakal digunakan dalam semua aksi Liga Malaysia (Liga M), menandakan musim keempat kerjasama antara MFL dan jenama sukan global berprestij itu.
Lebih membanggakan, Liga M menjadi liga pertama di Asia yang menggunakan bola rasmi keluaran PUMA secara eksklusif, selari dengan penggunaan bola PUMA MFL Accelerate 21.1 Pro sejak musim 2022 lalu.
PETALING JAYA: Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s 2025 terus hangat apabila tiga pasukan gergasi iaitu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan tuan rumah, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tampil dengan rekod cemerlang menuju aksi penentuan esok.
SSTMI membuktikan status juara bertahan bukan sekadar nama apabila menamatkan saingan Kumpulan A dengan tiga kemenangan meyakinkan, termasuk menewaskan MRSM Balik Pulau 36-7 dan membelasah SMK Hosba 31-0 tanpa belas.
Sementara SSMP pula, mencuri perhatian sebagai satu-satunya pasukan yang tidak ...
MELAKA: Malaysia kini berada di kedudukan kelima dunia sebagai destinasi paling mesra Muslim selepas 10 tahun berturut-turut berada di tangga teratas dalam Global Economy Indicator.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara tidak langsung pasaran pelancongan halal bernilai AS$256.5 billion diraih pada 2023 dan ia dijangka mencecah AS$410.9 bilion menjelang 2032.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, Melaka yang dipilih menganjurkan Hari Pelancongan Sedunia 2025 September ini bukan sahaja tepat pada masanya malah bersifat ...
SEREMBAN: Harapan tinggi penyokong pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) menjadi pembakar semangat kepada Luqman Hakim Shamsudin untuk beraksi dalam Liga Super 2025 yang akan membuka tirai bulan depan. Bekas pemain kelab divisyen pertama Belgium, K.V Kortrijk itu sedar tekanan tinggi yang dipikul ke bahunya oleh para penyokong terutamanya selepas kedudukan pasukan itu yang terhumban ke … Read More →
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan sindiket permohonan palsu dengan penahanan empat dalang utama dan seorang individu berperanan sebagai orang tengah dalam satu serbuan khas yang dijalankan di sekitar Putrajaya, kelmarin.
Operasi Khas yang bermula pada pukul 9.19 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan hasil risikan dan maklumat awam selama dua minggu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua suspek lelaki warga ...
KEPALA BATAS : Aveta Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya 10,000 tempahan bagi dua skuter keluaran terbaharunya iaitu Nova 160 dan Vanguard 250 untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pengarah Urusannya, Steven Lim berkata, jumlah tempahan yang tinggi membuktikan bahawa jenama tempatan itu masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia pada ketika ini.
“Sambutan yang kita terima untuk dua jenama ini memang di luar jangkaan dan ia amat membanggakan.
“Sekarang (tempahan) sudah cecah 10,000. Daripada jumlah itu pula, kita sudah ...
Fauziah Sarman, ibu penyanyi terkenal Shila Amzah, nyata terkejut apabila diberitahu bahawa lagu terbaru Shila berjudul Pernah Punya Aku diinspirasikan oleh pengalaman peribadi tentang kecurangan dalam rumah tangganya .
Dia tidak menjangka anaknya akan mengangkat kisah lama itu menjadi lagu, apatah lagi ketika pertama kali mendengarnya dimainkan di dalam kereta.