Blog

blank

Gadis 18 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis

PADANG: Seorang gadis berusia 18 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis selepas dilaporkan hilang ketika sedang menjual makanan di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman, Iptu AA Reggy berkata, siasatan sedang dijalankan sejak penemuan jasad mangsa dalam keadaan tanpa pakaian.

“Selepas mangsa dipindahkan, kami telah menempatkan pasukan di tempat kejadian untuk mengumpul bukti yang ada,” kata Iptu Reggy pada Selasa.

Mangsa, Nia Kurnia Sari dilaporkan hilang sejak petang Jumaat sebelum jasadnya ditemukan dalam keadaan tanpa pakaian oleh ...

Read More →
blank

Negeri Sembilan perlukan 35 CLQ menjelang tahun 2028

SEREMBAN: Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 35 buah Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) menjelang 2028 bagi memenuhi keperluan tempat tinggal kepada kira-kira 150,000 orang pekerja asing yang berada di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, setakat ini kerajaan negeri telah menerima sebanyak 17 permohonan pembinaan CLQ dengan lima buah daripadanya telah pun beroperasi.

Tambahnya, lima buah CLQ yang beroperasi itu kini menempatkan seramai seramai 712 orang ...

Read More →
blank

“Emak Rindu.. Beberapa Hari Tak Ada Abang Bas Baring Dalam Bilik & Sembang-Sembang” – Kakak Abang Bas

Boleh dikatakan sejak beberapa hari yang lalu, kecoh berita mengenai pemandu bas yang dikenali sebagai Abang Bas didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sekolah yang menaiki basnya.

Susulan ia menjadi perhatian pihak berkuasa, ia telah membawa kepada penahanan Abang Bas yang didakwa di mahkamah, semalam.

Ibu rindu Abang Bas

Bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai kakak Abang Bas, Zarina Sari memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai isi hati ibunya mengenai penahanan adik.

Kata Zarina, ibunya sangat merindui Abang Bas ...

Read More →
blank

PRK Mahkota: Pesanan abah jadi azimat, pemangkin semangat – Syed Hussien

KLUANG: “Jadi pemimpin yang baik, amanah dan disayangi rakyat.”

Itu pesanan Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang akan diingati dan menjadi pemangkin semangat anaknya, Syed Hussien, 40, yang dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Malah, amanat terakhir ayahnya itu akan dijadikan azimat untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, khususnya jika terpilih sebagai wakil rakyat di DUN Mahkota.

Syed Hussien mengakui  ...

Read More →
blank

PRK Mahkota: Coach Haizan yakin mampu dekati pengundi

KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yakin mampu mendekati semua pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kluang itu  yang dipilih PN untuk merampas kerusi DUN Mahkota dalam PRK pada 28 September ini berterima kasih kepada Presiden Bersatu dan pucuk pimpinan PN kerana memilihnya menjadi calon.

“Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya sebagai calon dalam PRK ini,” ...

Read More →
blank

“Umur Bukan Penghalang!” – Warga Emas Berjaya Raih Skrol & Tamatkan ‘Degree’ Di Umur 77 Tahun Jadi Inspirasi Netizen

Baru-baru ini, seorang warga emas berumur 77 tahun telah meraih perhatian di platform TikTok selepas dirinya berjaya menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara kali ke-99.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh uitm_channel, warga emas yang bernama Zulkifly Abdullah tersenyum lebar sewaktu mengambil skrol di atas kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sewaktu Zulkifly menerima skrol ...

Read More →
blank

‘Israel akan musnah dalam 2 tahun, jika Kamala Harris menang’

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi bayangan Israel akan musnah dan tidak wujud dalam tempoh dua tahun akan datang, sekiranya Kamala Harris dipilih sebagai Presiden baharu.

Kenyataan itu dilontarkan selepas Trump diberi giliran menjawab soalan tentang situasi di Gaza dan tuntutan menyelamatkan semula orang awam yang dijadikan tebusan oleh pejuang Hamas.

“Beliau benci Israel. Jika beliau dilantik sebagai Presiden, saya percaya Israel tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun dari sekarang,” katanya semasa membidas kenyataan Harris dalam Debat ...

Read More →
Page 969 of 1,928 «...940950960967968969970971...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X