Persembahan pelakon, Bella Astillah di Konsert Sumandak Stars yang berlangsung pada Sabtu mendapat pujian ramai.
Menerusi satu video yang telah dimuat naik di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah telah mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Acha Septriasa iaitu Sampai Menutup Mata.
Read More →

Ameera Khan Suka Lelaki Pandai Melawak
Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya seorang yang romantik dan kelakar.
Menerusi video di TikTok, Ameera berkata kedua-dua ciri itu penting baginya dalam soal menentukan pasangan dan lelaki itu dapat menyokong dan hormati kerjayanya.
“Rambut pula bergaya sederhana. Tentulah saya ingin dia menyokong kerjaya dan apa jua yang saya lakukan,” katanya.
Sementara itu, Ameera berkata ketinggian lelaki bukan hal utama sebaliknya perlu ada keyakinan diri serta menjadi pendengar yang baik.
“Sama ada tinggi atau rendah, paling penting lelaki ...

Perak mahu tiada minuman manis di premis kerajaan negeri
IPOH: Perak bercadang untuk tidak menyediakan minuman bergula di premis-premis kerajaan negeri dalam usaha membanteras penyakit diabetis dalam kalangan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, kertas cadangan itu yang sedang dibangunkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri akan dikemukakan dalam mesyuarat Exco negeri.
“Jika kertas itu diluluskan, kesemua agensi-agensi kerajaan negeri Perak tidak akan menyediakan minuman bergula semasa mesyuarat atau di kafeteria,” katanya dalam sidang akhbar ...

“Saya Sanggup Sumpah Laknat, Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur” – Ajak Berjumpa, Dewi Dedah Cik Epal ‘Block’ Instagram
Terbaru, wanita yang didakwa menjadi punca rumah tangga Jofliam dan Cik Epal ‘musnah’ tampil membuat hantaran bahawa dirinya bersedia untuk melakukan sumpat laknat.
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik oleh wanita bernama Dewi itu, dia meminta Cik Epal untuk bertemu bagi menyelesaikan kemelut yang masih belum selesai hingga ke hari ini.
Read More →

Azira Shafinas & Fabian Loo Lakar Sejarah, Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP 61)
Dua pelakon kelahiran Malaysia, Azira Shafinaz dan Fabian Loo telah melakar sejarah apabila apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita serta Lelaki Terbaik menerusi filem Indera pada Festival Filem Asia Pasifik Kuala Lumpur ke-61 (APFF 61).
Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan akui terkejut malah tidak mengetahui dirinya tercalon dalam kategori tersebut.
Pertama sekali, saya tidak tahu nama saya tercalon dalam kategori ini.
Read More →

Penggabungan OFS, SIDREC dalam fasa akhir
KUALA LUMPUR: Penggabungan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) kini sedang dalam fasa akhir untuk diselesaikan.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, penggabungan dua entiti tersebut adalah bagi memastikan operasi penuh Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) menjelang 2025.
Kata beliau, penggabungan tersebut diharapkan dapat meningkatkan sinergi operasi skim penyelesaian pertikaian kewangan dan pelaburan selain memastikan proses penyelesaian lebih adil, mudah, lancar serta percuma kepada pengguna kewangan mahupun pelabur.
Jelasnya, pihak Bank Negara Malaysia sudah melaksanakan kajian ...

Pemuda dikhuatiri lemas, motosikal dihanyut arus deras
DUNGUN : Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi laluan yang dinaiki air di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 3, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan mangsa yang berusia 36 tahun bersama dua rakannya ke ladang tersebut kira-kira pukul 5 petang, Sabtu lalu.
“Ketika mahu pulang iaitu kira-kira pukul 5 pagi semalam, dua rakan mangsa yang menaiki lori dapat melalui ...

Zahnita Wilson Muat Naik Foto Mata Lebam Seakan Dipukul? – “Ini Punca Saya Tinggalkan Rumah, Pakai Kaca Mata”
Pelakon dan juga model, Zahnita Wilson menggemparkan peminat apabila dia memuat naik foto memaparkan wajahnya yang lebam di bahagian mata.
Zahnita menerusi hantaran itu ada menulis kapsyen foto menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat demikian dan punca mengapa dia meninggalkan rumah lama serta memakai kaca mata.
Saya tak mahu buat ...

Siti Nurhaliza Akui Segan Dengan Gelaran Biduanita – “Saya Balik Rumah Tetap Kena Buat Susu Anak, Jadi Isteri Dan Ibu”
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dirinya berasa segan setelah dianugerahi gelaran Biduanita baru-baru ini.
Kata pelantun lagu Cindai itu, gelaran yang diterimanya itu tidak mengubah apa-apa mengenai dirinya kerana masih mempunyai tanggungjawab sebagai isteri, pibu, usahawan dan juga penghibur.
Tak mengubah apa-apa mengenai Siti Nurhaliza pun. Segan ...

Empat lelaki ditahan bergaduh di tempat awam
JOHOR BAHRU: Gara-gara bergaduh di laluan pejalan kaki berhampiran Sungai Segget, Jalan Wong Ah Fook, di sini, empat lelaki ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan seorang suspek dalam keadaan mabuk ketika mula bertengkar dengan tiga individu lain.
“Pertengkaran berkenaan kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan fizikal yang menyebabkan dua daripada mereka mengalami kecederaan.
“Walau bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis yang ...