KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melancarkan pelan takaful baharu, PruBSN AnugerahMax bermula serendah RM50 yang lebih komprehensif dengan perlindungan menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, pelan itu boleh diubah suai dengan 18 jenis rider pilihan yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal dan perubatan yang lengkap, perlindungan kemalangan, peluang pelaburan serta pilihan kebajikan.
Katanya, pelan itu diwujudkan memandangkan lebih 700 kanak-kanak di Malaysia di bawah 15 tahun dikenal pasti menghidap kanser setiap tahun, ...