JELEBU: Langkah pengumuman pemanggilan semula untuk pemeriksaan kenderaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kebelakangan ini adalah untuk memastikan pemilik kenderaan peka dan mematuhi pengumuman yang dibuat tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, sebagaimana kebiasaan sebelum ini, pengumuman pemanggilan semula untuk pemeriksaan dibuat oleh syarikat pengeluar kereta namun kini kerajaan menetapkan syarat supaya pengumuman tersebut dilakukan oleh JPJ.
“Kami syaratkan mereka (syarikat pengeluar kereta) kena maklumkan kepada JPJ, JPJ akan buat pengumuman untuk recall, ini prosedur biasa. Kalau ...