Pelakon Zara Zya meluahkan kesal apabila timbul dakwaan dia sudah pun bernikah di Thailand.
Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata dia tidak tidur lena memikirkan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ianya tuduhan berat serta fitnah. Tegas Zara lagi, dia belum berkahwin seperti didakwa dan tidak pernah berkahwin.
“Bagi saya ia agak mengaibkan. Saya tak pernah bernikah sorok-sorok di Thailand,” katanya.
Sementara itu, Zara tidak tahu mengenai fitnah berkenaan dan hanya diberitahu oleh rakannya. Lebih mengejutkan apabila ada pihak mendakwa ada sijil nikah sebagai ...