Blog

Sapu 7 trofi, Imaginur dinobat Filem Terbaik FFM33

KUALA LUMPUR: Filem Imaginur dinobat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.

Kejayaan Imaginur mengulang kembali sejarah kemenangan pengarahnya, Nik Amir Mustapha, untuk filem KIL sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-26 pada 2013.

“Terima kasih para juri, FINAS dan penonton. Tanpa penonton yang sokong, filem kita tidak akan sampai ke tahap ini.

“Tidak dilupakan media, blogger benarlah promosi dari mulut ke mulut sangat membantu.

“Terima kasih calon yang lain, kami sangat berbangga ...

Read More →
blank

Young Tigress buka kempen Piala Remaja Asia dengan bergaya

PETALING JAYA: Pasukan hoki wanita remaja kebangsaan membuka tirai Piala Remaja Asia 2024 selepas menumpaskan Thailand 3-0, malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat itu, Young Tigress membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan penalti sudut oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.

Young Tigress berusaha keras untuk menambah jaringan namun menemui kebuntuan apabila keputusan kekal 1-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Young Tigress mula dengan langkah kanan apabila Nur Syahirah Azwan menyempurnakan pukulan penalti sudut selang ...

Read More →
blank

YAPEIM bantu 50 pengamal media, penggiat seni

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pengamal media dan penggiat seni tanah air menerima bantuan masing-masing berjumlah RM1,000 seorang yang disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Kesemua pengamal media yang menerima bantuan itu bernaung di bawah Kelab Media KL dan Selangor (KLS); Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA); Kelab Media Putrajaya (KMP) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Manakala, penggiat seni tanah air pula adalah ahli di bawah Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, pihaknya pernah ...

Read More →
blank

Vivy serah kepada sistem kehakiman bersihkan nama

PETALING JAYA : Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menyerahkan kepada sistem kehakiman bagi mencari penyelesaian terhadap pertuduhan dihadapi seterusnya membersihkan nama baik mereka.

Vivy dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya hari ini berkata, dia dan suaminya terpaksa mengambil sedikit masa untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, mereka tidak dapat membincangkan kes ini dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses ini.

“Pertama sekali, saya dan suami ingin mengucapkan terima kasih kepada ...

Read More →
blank

Hamidin rasmi Kongres Pafa – Utusan Malaysia

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin akan menghadiri Kongres ke-63 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya di sini esok.

Setiausaha Pafa, Tajul Hasnan Omar berkata, Hamidin akan menyampaikan ucapan serta merasmikan kongres tersebut.

Seramai 14 ahli gabungan serta 16 Exco persatuan dijangka menghadiri kongres itu.

Dalam perkembangan lain, Tajul Hasnan memberitahu Pafa akan melancarkan kejohanan Piala Menteri Besar pada hari Isnin ini.

Menurutnya, kejohanan antara daerah itu akan disertai 14 pasukan ...

Read More →
blank

Sultan Nazrin gembira, puas hati potensi industri REE di Perak

GOPENG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan perkembangan dan potensi industri unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, titah itu dizahirkan baginda selepas berkenan melawat makmal analisis unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) pertama negara, Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. (TML) dan kilang pusat pemprosesan (CPP) secara percubaan (POC), Malaco Mining Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam lawatan itu, baginda bertitah supaya perkembangan ...

Read More →
blank

AS uji selesema burung pada bekalan susu

blank

blank

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan perintah persekutuan yang mewajibkan bekalan susu negara diuji untuk selesema burung, menurut Setiausaha Pertanian, Tom Vilsack. Langkah tersebut diambil ketika pihak berkuasa bergelut dengan penularan pantas virus itu dalam kalangan lembu tenusu. Jabatan Pertanian AS (USDA) melaporkan, terdapat lebih 500 ladang tenusu di negeri pengeluar susu utama, California dan lebih … Read More →

blank

Tiada letupan, gegaran berlaku di Machang-Polis Kelantan

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan tiada letupan dan gegeran dikesan berlaku di Machang dekat sini sebagaimana yang tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan termasuk kebakaran telah dikesan berlaku semasa kejadian sebagai yang didakwa.

“Terdahulu, pihak kami (Polis Kelantan) telah mengesan beberapa komen di Facebook berkait satu gegaran kuat berlaku di Machang sehingga ia tular di media sosial kira-kira pukul ...

Read More →
blank

LTSAH dijangka kembali beroperasi seawal Isnin

ALOR SETAR: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini yang ditutup sejak 29 November lalu akibat bencana banjir dijangka dibuka dan beroperasi semula seawal Isnin ini.

Pengurus LTSAH, Ikram Alif Mansoor berkata, pihaknya masih menitikberatkan aspek keselamatan walaupun yakin dapat membuka landasan di lapangan terbang itu secepat mungkin.

“Kita telah memaklumkan mengenai penutupan landasan ini sehingga esok, jadi kita akan cuba untuk buka landasan secepat mungkin tetapi sekiranya tidak boleh mungkin akan tambah masa dalam sehari, dua lagi sebelum ia ...

Read More →
Page 953 of 2,276 «...930940950951952953954955...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X