KUALA TERENGGANU: Isu kewujudan perintah tambahan tahanan rumah yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak boleh dibiarkan menjadi polemik yang berpanjangan.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd Rahman berkata, polimik tersebut perlu segera dimuktamadkan secara bertanggungjawab untuk mengelakkan bekas Presiden UMNO itu menjadi mangsa keadaan.
Menurutnya, dalam hal ini, UMNO sebagai parti tunjang dalam BN perlu lebih tegas ...