KUALA LUMPUR: “Lama-lama sudah tidak seronok. Fattah sudah tidak eksklusif.”
Begitulah respons rata-rata netizen yang mula meluat melihat pelakon, Fattah Amin tampil dengan konten murahan bagi mempromosikan produk kambing perap jenama tempatan.
Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dilihat telah memuat naik sebuah video memujuk seorang pekerja, Una yang dikatakan sudah berhenti kerja.
“Kalau Una tengok video ini cuba jawab panggilan saya. Kalau ada apa-apa tak puas hati beritahu saya.
“Kita bawa berbincang. Jangan lupa tengok siaran langsung saya esok,” ...