GEORGE TOWN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu universiti awam membuka ruang kerjasama lebih erat dengan pihak industri terutamanya dalam bidang teknologi tinggi bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Anwar berkata, langkah itu penting bagi memastikan wujudnya sinergi antara pihak industri dan universiti untuk meneroka disiplin ilmu baharu khususnya dalam industri semikonduktor.
”Universiti perlu memberi ruang secukupnya kepada pihak industri untuk bekerjasama secara lebih agresif.
“Penyesuaian perlu dilakukan dari semasa ke semasa, namun cara terbaik untuk mendidik, melatih, meningkatkan kemahiran dan ...