PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui persiapannya bagi menghadapi Kemboja dalam aksi sulung Kumpulan A Piala ASEAN terganggu disebabkan terdapat dron yang memerhatikan pasukannya ketika berlatih.
Pau Marti meluahkan kekecewaannya itu ketika sidang media,semalam, apabila memberitahu perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia telah menjejaskan kualiti latihan pasukannya yang akan menghadapi Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh, hari ini.
Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu tidak menuduh dron tersebut milik tuan rumah dan enggan menjadikan perkara tersebut sebagai ...