KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin merakamkan jutaan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang menolak sogokan RM50,000 daripada seorang ejen sindiket penyeludupan migran kerana sentiasa berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Seramai lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima Surat Penghargaan daripada Razarudin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Mereka terdiri daripada Asisten Superintendan Mohd Norzahirudin ...