KUALA LUMPUR: Pejuang keadilan dan reformasi diingatkan untuk tidak melupakan asas penubuhan PKR.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ahli-ahlinya tidak kira latar belakang adalah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.
Jelasnya, pengalaman jerih perih yang dialami oleh ramai orang untuk menegakkan keadilan dalam negara adalah bagi menghentikan amalan penyakau dan perasuah dalam negara dalam menyatukan semangat rakyat pelbagai kaum sebagai satu kesatuan.
“Jangan padamkan sejarah. Sejarah mengajar kita. (Ketika ini) kita ada kuasa, jangan lalai dengan kuasa. Ada yang ...