Pelakon, Fattah Amin mengesahkan menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan yang dikeluarkan di mahkamah berkenaan isu kenderaan.
Memetik Harian Metro, Fattah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut menenai LOD berkenaan sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguam.
“Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, Fattah memberitahu ianya terlalu peribadi untuk berkongsikan kepada umum mengenai kandungan notis yang diterima.
“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan ...