SEREMBAN: Pasukan Selangor FC kembali ke kedudukan kedua Liga Super apabila meraih tiga mata selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC dengan jaringan 4-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini malam tadi.
Dalam perlawanan yang dikuasai pelawat itu, Selangor memperoleh gol pertama pada minit ke-15 hasil jaringan Aliff Haiqal Lokman Hakim yang menerima hantaran silang Ali Iyad Ali Olwan lalu menewaskan penjaga gol NSFC, Tauffiq Ar Rasyid Johar.
Minit ke-27, Negeri Sembilan turut ...