DUNGUN: Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, dekat sini, semalam.
Mangsa, Nur Atiqah Emelia Shubli, 33, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama 28 penyelam lain melakukan aktiviti selam skuba bersama dua ‘guide diving’, kira-kira pukul 9 pagi.
“Selepas kesemua penyelam naik ke permukaan air, mangsa didapati tidak timbul dan dua guide ...