KUALA LUMPUR: Kempen #TabikWiraKita anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) berjaya menarik perhatian pengguna media sosial dengan mencabar kreativiti mereka dalam menunjukkan semangat patriotisme dan menghargai wira negara.
Kempen #TabikWiraKita berjaya menarik penyertaan pengguna dan meraih tontonan di media sosial lebih 6.6 juta orang hasil kolaborasi bersama 28 pempengaruh yang antaranya merupakan pelakon terkenal, Fattah Amin.
Kempen yang diadakan untuk meningkatkan semangat patriotisme itu menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang yang disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera, ...