BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Kandis di sini petang tadi.
Kehilangan kanak-kanak itu disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 6.40 petang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.49 petang sebelum 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ahli keluarga memaklumkan, mangsa dikatakan sedang bermain di tepi pantai sebelum kanak-kanak itu hilang.