GAZA : Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas dua serangan udara Israel menyasarkan kumpulan yang ditugaskan menjaga keselamatan trak bantuan ke Semenanjung Gaza semalam, menurut sumber perubatan.
Dalam serangan pertama di kawasan barat Bandar Rafah, selatan Gaza, lebih 30 orang dilaporkan cedera, dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal dan petugas perubatan bimbang angka korban mungkin meningkat.
Di Bandar Khan Younis, satu lagi serangan udara Israel mengenai kumpulan lelaki yang bertugas menjaga penghantaran bantuan sehingga mencederakan beberapa daripada ...