Pemain bola sepak, Zaquan Adha naik angin apabila ada individu memberi komen jelik atas hantaran mengenai ibunya di Instagram Story.
Dalam hantaran itu, individu itu bertanyakan mengenai sama ada Zaquan ingin membawa ibu untuk berjumpa anak-anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama Rita Rudaini.
Kata individu itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang enggan berjumpa dengan cucunya itu telah membuatkan kakak iparnya banyak memendam rasa.