KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan RM10 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan kajian geoteknikal bagi mengelakkan insiden lubang benam berulang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kajian ini akan memberi tumpuan kepada jalan-jalan utama di ibu negara yang berisiko tinggi.
“Langkah ini diambil susulan kejadian lubang benam pada Ogos lalu yang menjejaskan beberapa kawasan strategik di tengah bandar Kuala Lumpur.
“Kerja-kerja baik pulih di tapak lubang benam kedua di Jalan Masjid India sudah siap ...