Blog

blank

Malaysia-China setuju tukar, hasilkan kandungan kreatif

PETALING JAYA: Malaysia dan China bersetuju melaksanakan pertukaran dan penghasilan kandungan kreatif menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara kedua-dua negara hari ini.

MoU yang ditandatangani di Beijing secara bersama oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dengan Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) China, Cao Shumin, antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang media dan penyiaran.

Fahmi berkata, fokus akan diberikan kepada kandungan yang menonjolkan budaya, pelancongan dan makanan kedua-dua negara.

“Saya sudah minta pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan perbincangan dengan ...

Read More →
blank

Bank Rakyat umum dividen istimewa sempena 70 tahun

PETALING JAYA: Bank Rakyat akan mengagihkan dividen istimewa sebanyak dua peratus kepada 784,487 ahlinya berjumlah RM56.6 juta sempena ulang tahun ke-70, Sabtu ini.

Bank Rakyat memaklumkan, pembayaran dividen istimewa itu mencerminkan komitmennya untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada ahli.

Selain itu, katanya, ia juga menandakan pencapaiannya yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat sebagai salah satu institusi kewangan Islam terbesar serta bank koperasi Islam terbesar di negara ini.

“Bank Rakyat komited untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan yang baik dan kekal ...

Read More →
blank

Akaun AmIslamic terima AS$70j bukan akaun peribadi saya

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa akaun AmIslamic atas namanya yang menerima wang berjumlah AS$70 juta pada 3 Januari 2012 bukanlah milik peribadi beliau sebaliknya ia adalah akaun `CSR’ (tanggungjawab sosial korporat).

Menurut beliau, walaupun akaun terbabit atas namanya namun beliau tidak pernah menguruskannya.

“Ia bukannya akaun peribadi saya. Ia adalah akaun peribadi CSR yang tidak boleh dianggap sebagai akaun peribadi. Saya sendiri tidak pernah menguruskannya,” kata Najib.

Walaupun mengakui terdapat kemasukan wang AS$70 juta ke dalam akaun ...

Read More →
blank

Premis GISBH di Sabah, Sarawak akan digeledah, sita

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan semua premis Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Sarawak dan Sabah digeledah dan disita meskipun dikesan sudah ditutup dan tidak beroperasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, satu sesi mesyuarat diadakan PDRM bersama agensi-agensi kerajaan terlibat dalam siasatan terhadap GISBH bagi meneliti situasi semasa pengoperasian premis yang mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, semua agensi berkenaan dicadangkan mengambil tindakan untuk menggeledah dan menyita ...

Read More →
blank

Lukisan Mirip Bendera Negeri Perlis Milik Jho Low Dibida Dengan Nilai RM125 Juta

Satu lukisan milik usahawan kontroversi Jho Low dilaporkan akan dilelong dengan nilai harga RM125 juta.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah lukisan tersebut hanya dicalit cat dua warna kuning dan biru, iras bendera negeri Perlis sekaligus membuatkan netizen berasa geli hati.

Difahamkan, lukisan minyak berjudul ‘Tanpa Tajuk (Kuning dan Biru) adalah satu karya artis abstrak terkenal ciptaan Mark Rothko.

blank

Read More →
blank

Warga Thailand maut kereta dipandu rempuh lori

PASIR PUTEH: Seorang lelaki warganegara Thailand maut selepas kereta yang dipandunnya merempuh sebuah lori di Kilometer 39, Jalan Pintas Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu mangsa yang berusia 41 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan seterusnya melanggar belakang lori.

Menurutnya, rempuhan ini menyebabkan mangsa terperangkap ...

Read More →
blank

Polis buru lelaki Rohingya dipercayai tikam teman wanita

JEMPOL: Seorang wanita warganegara Indonesia berusia 40 tahun parah ditikam teman lelakinya yang merupakan etnik Rohingya dalam kejadian di Taman ACBE di Bahau, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, oleh itu polis kini sedang giat mengesan suspek yang dikenali sebagai Fozi Alam Mohamad Alam berusia 38 tahun yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis SM Sport 110R dengan nombor plat NDL 8309.

Jelasnya, kira-kira pukul 5.30 ...

Read More →
Page 907 of 1,931 «...880890900905906907908909...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X