MAPUTO: Angka korban akibat Taufan Chido di Mozambique meningkat sebanyak 26 orang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut kepada 120 orang.
Badan Pengurusan Risiko Bencana Negara merekodkan jumlah mangsa yang cedera turut melonjak kepada hampir 900 orang, selepas taufan itu melanda pada 15 Disember lalu, sehari selepas ia memusnahkan kepulauan Mayotte di Lautan Hindi.
Taufan tersebut bukan sahaja merosakkan infrastruktur Mayotte, malah mendedahkan ketegangan mendalam antara penduduk tempatan dengan populasi migran yang besar di kawasan itu.
Ribuan pendatang tanpa izin menjadi mangsa utama ...