MAGDEBURG : Suspek utama yang merempuh orang ramai sehingga meragut lima nyawa di Pasar Krismas Magdeburg pada Jumaat, dipercayai memiliki pandangan anti-Islam serta tidak berpuas hati dengan dasar migran dan pelarian Jerman.
Rempuhan menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut mencederakan 205 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terkorban.
Kesemua mangsa menerima rawatan di 15 hospital sekitar wilayah tersebut.
Menurut siasatan awal, suspek yang dikenali sebagai Taleb al-Abdulmohsen, 50, merupakan seorang doktor ...