ARTIS K-Pop tidak boleh dipisahkan dengan imej seksi. Pasti ramai peminat bersetuju bahawa gaya pemakaian artis Korea Selatan kebanyakannya keterlaluan dan mencolok mata.
Imej sedemikian bukan sahaja sekadar trend ikutan semasa malah penarik dan faktor yang mencuri tumpuan.
Namun, sebenarnya, bukan semua artis K-Pop selesa berpakaian seksi, apatah lagi mempertontonkan tubuh mereka kepada umum.
Ramai juga antara mereka, yang terdiri daripada nama-nama besar, terpaksa akur berpakaian seksi atas ketentuan pihak pengurusan.
KAI
Pemilik nama penuh Kim Jong-In sebelum ini pernah memaklumkan tidak selesa mengenakan ...