Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memberitahu dia menerima teguran dengan berlapang dada berhubung isu penggunaan video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap wajah Allahyarham suaminya, Johan Nawawi pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.
Menurut Harian Metro, Nora berkata dia dan pasukannya akan lebih berhati-hati terhadap isu yang dibangkitkan.