PUTRAJAYA: Premis dobi dan bangunan tempat kerja adalah dua kawasan baharu yang digazetkan sebagai kawasan tempat larangan merokok yang akan mula dikuatkuasakan selepas 1 Januari depan.
Ia antara 28 kawasan yang disenaraikan dalam tempat larangan merokok berbanding 23 kawasan sebelum ini selepas Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dikuatkuasakan bermula 1 Oktober lalu.
Penguatkuasaan kawasan baharu itu dibuat secara berfasa dan memberi tempoh tiga bulan kepada premis berkenaan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan, manakala tempat larangan merokok yang telah ...