Seorang remaja lelaki menerima kecaman ramai selepas dia menyuarakan rasa tidak puas hati apabila dihadiahkan kereta oleh ibunya.
Difahamkan, dia telah diberikan hadiah kereta jenis Perodua Axia bagaimanapun remaja terbabit tidak bersyukur malah merungut dengan pemberian itu.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ejen penjual kereta terbabit dan menurutnya, remaja itu telah datang bersama kedua-dua ibu bapanya dan dibayar sepenuhnya oleh si ibu.