Blog

Seorang remaja lemas, dua mangsa masih hilang semasa mandi pantai

PAPAR: Seorang remaja ditemukan lemas manakala, dua mangsa lain dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai di Kampung Bundusan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa bersama seorang rakan lain dilaporkan hilang semasa mandi-manda di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 5.38 petang dan sepasukan lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati empat lelaki termasuk ...

Read More →

8 ditahan berkaitan pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT 

PETALING JAYA: Polis setakat ini menahan seramai lapan individu berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua individu yang ditahan telah diberi jamin setelah tempoh reman tamat.   

“Siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

“Bagaimanapun, ia masih  perlu dilengkapan sebelum keputusan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Selasa lalu, media ...

Read More →
blank

PWP muncul juara futsal empat penjuru

KANGAR: Persatuan Wartawan Perlis (PWP) mencipta sensasi muncul juara kejohanan futsal empat penjuru di Arena Futsal di sini, semalam.

Pasukan yang terdiri daripada pengamal media Perlis itu muncul juara tanpa sebarang kekalahan dengan mengumpul 14 mata melalui empat kemenangan dan dua seri.

Pada perlawanan pertama, PWP berjaya menewaskan pasukan Yayasan Islam Perlis (YIPs) 1-0 dan meneruskan kecemerlangan menumpaskan KPJ Perlis 1-0 sebelum seri 0-0 dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis.

Pada pusingan kedua, PWP sekali lagi menumpaskan YIPs dengan jaringan 1-0 dan ...

Read More →
blank

Burung punca pesawat Azerbaijan Airlines terhempas?

blank

blank

ASTANA: Penyiasatan awal mendapati pelanggaran dengan burung berkemungkinan menyebabkan sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan, Rabu lalu.  Pesawat yang membawa 67 penumpang dan lima kru kabin itu dalam penerbangan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Russia dilaporkan terbakar semasa jatuh di lokasi nahas.  “Puncanya mungkin akibat pelanggaran dengan sekumpulan burung,” kata … Read More →

blank

City, Everton kongsi satu mata

MANCHESTER: Hasrat Manchester City untuk melakar kemenangan di laman sendiri gagal apabila skuad kendalian Pep Guardiola itu sekadar seri 1-1 menentang Everton, sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-14 menerusi jaringan kaki kiri Bernardo Silva namun Iliman Ndiaye memadam kelebihan tersebut apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36 berpunca daripada gerakan Manuel Akanji.

Skuad The Citizens dihadiahkan penalti pada minit ke-53 selepas pertahanan Everton, Vitalii Mykolenko mengasari Savinho namun Erling Haaland gagal menyempurnakannya.

Keputusan seri itu menyaksikan ...

Read More →
blank

“Pinjaman Biasiswa Tiada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan…” – Che Ta

Tidak tahan dengan cercaan dan hinaan netizen berhubung isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon yang juga usahawan, Che Ta tampil menegaskan bahawa pinjaman perniagaan institusi tersebut tiada kaitan dengan tajaan biasiswa sehingga boleh menjejaskan kelangsungan hidup pelajar seperti yang didakwa.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan memaklumkan setiap orang perlu percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan untuk setiap individu.

Read More →
blank

Dua bangkai kucing dihantar ke Makmal Veterinar

PETALING JAYA: Dua bangkai kucing yang ditemukan mati di dalam kawasan Universiti Malaya (UM) dekat sini dihantar ke Makmal Veterinar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ia membabitkan bangkai kucing yang dilaporkan seorang aktivis haiwan dan kucing yang ditemukan mati semalam.

“Polis setakat ini sudah merakam keterangan aktivis haiwan terbabit dan bangkai kucing yang ditemukan pada 20 Disember lalu sudah diserahkan kepada polis.

“Bangkai kucing itu dihantar ke Makmal Veterinar bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat ...

Read More →
Page 877 of 2,278 «...850860870875876877878879...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X