SETAKAT Oktober lalu, seramai 2.6 juta pelancong direkodkan berkunjung ke negeri ini dan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang tahun depan bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.
Perlis kaya dengan keindahan alam semula jadi tidak pernah diterokai selain sawah padi menghijau serta bukit batu kapur berusia jutaan tahun.
Keunikan itu menjadi tarikan pelancong khususnya untuk menikmati ketenangan atau sebagai lokasi healing.
Suasana tersebut cukup ‘mahal’ dan ia ada di Perlis dan tidak hairanlah jika setiap kali musim cuti persekolahan atau hujung minggu, ...