Blog

Raysha Rizrose umum bakal timang anak perempuan

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Raysha Rizrose mengumumkan dia dan suaminya, Nabil Jeffri bakal menimang cahaya perempuan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Raysha menerusi beberapa hantaran video momen ketika di majlis pendedahan jantina anaknya yang dimuat naik semula di Instagram Story, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Raysha kelihatan terkejut dan teruja selepas mengetahui jantina anaknya yang bakal dilahirkan.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sekali gus meraikan berita gembira itu dengan baik.

Antara yang turut memeriahkan majlis ...

Read More →

8,500 premis ingkar Akta 852

KUALA SELANGOR: Sebanyak 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran selepas dikesan mengingkari Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu.

Kesemua premis itu antaranya melibatkan restoran makanan, klinik swasta, pendandan rambut dan farmasi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya menerusi 283 operasi khas penguatkuasaan yang disertai 4,481 penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang lima hari pertama bulan ini.

“Kita (KKM) ketika ini belum lagi mengeluarkan ...

Read More →
blank

Suspek sempat beli pisau sebelum rebah

KUALA PILAH: Lelaki pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dipercayai menikam bapanya dalam kejadian di Kampung Senaling, di sini semalam sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai serbaneka sebelum dia jatuh di atas jalan.

Peniaga kedai buah, Lee Kien Huei, 40, berkata, dia sudah mendapat hebahan mengenai suspek dari polis dan sebaik terlihat suspek tidak jauh dari kedainya, dia segera memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, dia juga sudah menyimpan semua jenis pisau yang berada di ...

Read More →
blank

Hapuskan unsur-unsur pengkultusan – Mufti Perlis

KANGAR: Isu ajaran sesat yang sukar dibendung dan tumbuh semula setelah diambil tindakan berpunca daripada unsur-unsur pengkultusan yang mengkultuskan pemimpin atau tokoh-tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan.

Tindakan bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menghapuskan akarnya iaitu pengkultusan yang mendewakan pemimpin agama melebihi tahap yang diajar di dalam al-Quran dan sunnah sehingga akhirnya menjadikan akal mereka berfungsi dengan mengikut sahaja apa yang salah dan sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal tersebut sentiasa berulang kerana ...

Read More →
blank

MG4 XPower: EV kompak yang mampu cabar GR Yaris!

blank

blank

KENDERAAN elektrik atau EV memang bukan untuk semua, tetapi untuk peminatnya, pilihan genre itu semakin menarik. Contohnya MG4, sebuah EV kompak daripada jenama tradisional British yang kini dimiliki oleh SAIC dari China. MG4 ditawarkan dalam empat varian – cukup banyak untuk pasaran kecil seperti Malaysia kerana ia datang dalam bentuk yang paling ringkas hingga ke… … Read More →

blank

Mayat lelaki dijumpai terdampar atas batu

GEORGE TOWN : Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan terdampar di atas batu di kawasan pesisir pantai berhampiran sebuah pangsapuri di Tanjung Tokong di sini, kira-kira pukul 6.34 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa dikenali sebagai A. Sekar, 44, dan jarak lokasi mayatnya ditemukan dianggarkan kira-kira 50 meter dari kawasan pesisir pantai tersebut.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu, bomba bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota termasuk penyelia.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ...

Read More →
Page 872 of 1,932 «...840850860870871872873874...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X