PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyelar tindakan Google yang memaparkan kadar pertukaran ringgit tidak tepat sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Fahmi berkata, pihaknya telah meminta penjelasan daripada Google mengenai insiden tersebut kerana ia bukannya kali pertama berlaku.
“Ini satu petanda yang tidak baik kerana telah menimbulkan kegusaran dan salah faham, kita sedia maklum Google menjadi rujukan kepada rakyat.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh berlaku dan kami sama ...