Semua sedia maklum mengenai ‘kehilangan’ penyanyi terkenal, Anita Sarawak semenjak tahun 2011 yang berhijrah ke luar negara bersama suaminya dari dunia hiburan.
Terbaru, bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil dilihat ada memuat naik satu hantaran menunjukkan keberadaan dan keadaan terkini penghibur itu di sisi suaminya, Mahathir Abdullah.
Difahamkan, Roslen telah menghubungi Anita di Las Vegas menerusi adik angkat penyanyi itu iaitu Shuib Taib.
Read More →

Terima Ugut*an B*nuh, Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan
Penyanyi sensasi, Baby Shima memaklumkan dirinya telah menerima satu ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Shima memuat naik tangkap layar (screenshot) satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya.

TEKA SILANG KATA (SIRI 375)

Halaman ini menyediakan permainan teka silang kata dalam bahasa Melayu yang menarik dan mencabar. Teka silang kata merupakan permainan teka teki yang menggunakan huruf-huruf untuk membentuk kata, frasa atau ayat dengan menyenaraikan kata-kata silang dan menegak serta petunjuk jawapannya. Permainan ini menguji pengetahuan bahasa Melayu anda dan meningkatkan perbendaharaan kata. Jom uji minda anda sekarang. … Read More →

Benteng takungan pecah: Pemaju didesak tutup kolam
SUNGAI BULOH: Penduduk Taman Seri Alam, di sini mendesak pemaju menutup kolam takungan air berhampiran kawasan perumahan mereka selepas benteng kolam itu pecah, menyebabkan banjir yang menjejaskan hampir 200 rumah, semalam.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Alam, Sazali Basran berkata, insiden itu bukan kali pertama berlaku kerana kejadian sama pernah terjadi kira-kira 10 tahun lalu.
“Pada 19 Oktober lalu, penduduk mengadu apabila kolam tersebut mula menunjukkan tanda-tanda retak dan air memancut keluar dari dinding ...

Buruh maut kereta rempuh Isuzu Dmax
SETIU: Seorang buruh maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya merempuh Isuzu Dmax di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan Mohd. Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah d ibahagian badan.
Katanya, nahas itu juga menyebabkan penumpang hadapan kereta sama, Nor Azmi Daud, 46, ...

Banjir di Terengganu kian pulih
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan mangsa hanya berbaki 44 orang setakat pukul 8 pagi ini.
Kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Besut.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing sekiranya banjir surut sepenuhnya hari ini. – UTUSAN

26,380 ditahan edar, seludup dadah

PETALING JAYA: Seramai 26,380 individu ditangkap selepas terlibat dalam 19,352 kes penyeludupan dan pengedaran dadah di seluruh negara sejak Januari hingga November lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mendapati kes penyeludupan dan pengedaran dadah banyak tertumpu di kawasan-kawasan bandar. Katanya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Johor dan Pulau … Read More →

Hakisan Pantai Sabak semakin teruk, penduduk terancam
KOTA BHARU: Walaupun sudah biasa berdepan situasi ombak besar dan angin kuat yang berlaku setiap tahun, penduduk khususnya berhampiran pesisir Pantai Sabak, di sini tetap berwaspada kerana jarak rumah dengan pantai semakin dekat akibat hakisan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat kesan hakisan di tepi benteng kawasan kampung berkenaan sehingga membolehkan ombak melepasinya dengan ketinggian kira-kira 2.1 meter.
Seorang penduduk, Adnan Abdul Ghani, 44, berkata, kejadian ombak besar kerap berlaku sehingga menyebabkan air laut yang bertembung dengan air sungai melimpah ke jalan ...

Lebih 500,000 suri rumah carum SKSSR Perkeso
KUALA LUMPUR: Seramai 512,518 wanita telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekali gus berjaya mencapai sasaran 100 peratus pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso, Kasthuri Patto berkata, jumlah itu membaabitkan nilai keseluruhan caruman sebanyak RM61.5 juta.
Kata beliau, semua wanita di negara ini sama ada berstatus bujang, bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal, ibu tinggal malah wanita bekerja yang menjalankan tanggungjawab hakiki boleh mencarum ...

PU Azman dipenjara enam tahun
SHAH ALAM: Bekas peserta rancangan realiti TV Pencetus Ummah (PU), PU Azman dikenakan hukuman enam tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lebih tujuh tahun lalu.
Hukuman tersebut dikenakan apabila bekas pendakwah selebriti itu menukar pengakuan bersalah selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada pihak pembelaan yang dihantar pada Oktober lalu.
Mahkamah turut memutuskan hukuman tersebut diambil kira mengikut Seksyen ...