Selebriti popular, Noor Neelofa menafikan dirinya kini sedang berbadan dua seperti didakwa seorang netizen di media sosial.
Menerusi ruangan komen, Neelofa membalas komen individu berkenaan mengatakan badannya kelihatn berisi bukan kerana hamil tetapi gemar menikmati makanan Thailand.
Bukan pertama kali dipertakakan, sejak Ogos lalu hangat mengenai spekulasi dan dakwaan selebriti popular itu sedang hamil cahaya mata ketiga.
Bagaimanapun, sumber memberitahu khabar angin berkenaan adalah tidak benar dan foto yang menampakkan Neelofa seloah mempunyai baby bump mungkin disebabkan pakaiannya yang labuh dan ...