PETALING JAYA: Malaysia dan negara-negara ASEAN lain mahu keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dikekalkan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Malaysia sebagai penyelaras negara untuk hubungan dialog ASEAN-China berkata, ASEAN turut menggesa Kod Tatakelaku (COC) di Laut China Selatan dimuktamadkan secepat mungkin.
“Ini adalah selari dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa ...