
MELIHAT kefasihan penterjemah sastera dan pengkaji budaya ini bertutur dalam bahasa Melayu membuatkan saya hampir terlupa asal-usul keturunannya. Di mata saya, wanita kacukan Cina (Malaysia) dan Serani (Singapura) ini sudah lengkap ciri-ciri kemelayuan, ditambah dengan penampilan anggun serta sopannya berkebaya rona merah. Ujarnya, busana tradisi Melayu itu umpama pakaian seragam harian sama ada ketika bekerja … Read More →