PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose, kesal dengan spekulasi yang mendakwa perkahwinannya bersama suami, pelakon Kamal Adli sedang bergolak.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, menafikan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di media sosial.
“Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tidak fasal-fasal kena juga,” tulisnya.
Namun begitu, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu juga akur dengan permintaan suami untuk berlapang dada dalam berhadapan tuduhan sebegini.
“Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.
“Biar orang buat kita, Allah Maha Adil,” tambahnya.
Terdahulu, Kamal Adli maklum ...