PUTRAJAYA: Seramai 2,090 calon berdaftar menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 11 pusat peperiksaan di sini bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Ezaiddin Hussain berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 42 pelajar adalah calon persendirian, manakala 10 lagi merupakan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) yang terdiri daripada kategori masalah pembelajaran dan kurang upaya fizikal.
Menurutnya, pada tahun ini, terdapat dua calon yang menduduki peperiksaan SPM di Hospital Putrajaya.
“JPWPP siap siaga dengan mekanisme dan langkah ...