PUTRAJAYA: Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang berpengkalan di Tibnin dan Marakah di Lubnan dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis Israel ke atas ibu pejabat United Nations Interim Force Lebanon (UNIFIL) di Naquora, semalam.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan melalui udara dan pencerobohan melalui darat yang berterusan di Lubnan.
Kata Wisma Putra, serangan tersebut telah menyebabkan kecederaan kepada dua anggota pengaman.
“Malaysia juga mengutuk serangan udara oleh rejim Zionis ...