SEPANG: Penggunaan peranti pemakaian kamera badan (BWC) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ternyata berkesan apabila statistik aduan yang diterima melibatkan salah laku rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawai menurun sebanyak 38.46 peratus atau lima kes.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, rekod menunjukkan sebanyak 13 kes aduan dilaporkan dari tempoh 1 Ogos 2022 sehingga 31 Julai 2023.
Namun kata beliau, pihaknya hanya menerima lapan kes aduan selepas BWC digunakan bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai ...