PETALING JAYA: Bakal jemaah haji dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengutamakan kualiti serta pengalaman syarikat pengurusan haji berbanding hanya memilih kerana harga murah.
Ketua Pegawai Strategik MKM Ticketing Travel & Tours, Dr. Abdul Hadi Abdul Raman berkata, selain tidak terpedaya dengan tawaran harga murah, bakal jemaah juga perlu melihat dari sudut keselasaan ketika memilih pakej dan syarikat pengurusan.
“Saban tahun, kita mendapat pelbagai aduan daripada ramai pihak terjebak dengan pakej murah yang akhirnya menjadi mangsa penipuan.
“Nasihat kami, pilihlah syarikat yang berlesen ...