SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan dan Qnet Phoenix (Qnet) terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata apabila kedua-dua pasukan hoki wanita itu hanya mencatatkan keputusan seri 2-2, dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 di Stadium Hoki Seremban di sini petang tadi.
Pemain kedua-dua pasukan turun dengan semangat tinggi dalam perlawanan sulung masing-masing dalam liga itu yang bermula hari ini.
Negeri Sembilan mengejutkan pasukan pelawat dengan gol pertama pada minit ke-6 melalui Nur Syasya Atirah ...