HANOI: Vietnam bakal melantik Presiden negara ketiga dalam tempoh kurang setahun selepas Vo Van Thuong mengumumkan peletakan jawatan, Rabu lalu.
Parlimen Vietnam menjalankan mesyuarat dalam sesi tergempar hari ini bagi menerima peletakan jawatan Thuong.
Dijangka, pemangku Presiden akan dilantik sehingga Parti Komunis Vietnam memutuskan calon yang berkelayakan.
Menurut beberapa penganalisis politik, antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan ialah Naib Presiden, Vo Thi Anh Xuan.
Xuan terpaksa dilantik tahun lalu, bagi menggantikan sementara bekas ...