Pelakon, Sherie Merlis tampil menafikan dakwaan dirinya sedang bercinta dengan rakannya yang juga seorang pelakon, Hasnul Rahmat.
Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim berkata dia hanya berkawan rapat dengan Hasnul kerana dia sentiasa memberi sokongan buatnya.
Read More →

Pertukaran Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah rombakan pentadbiran
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pertukaran bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan pemecatan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bukannya melindungi daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Sebaliknya Najib berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada rombakan pentadbiran.
Katanya, beliau tidak terlibat dengan penukaran dan pemecatan tersebut yang dikatakan dilakukan bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan.
“Dakwaan bahawa saya telah mengambil langkah ...

Malaysia berdepan masalah deindustrialisasi
PETALING JAYA: Malaysia kini berdepan masalah deindustrialisasi dengan menyaksikan penurunan sumbangan pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pekerjaan.
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata, penurunan itu dalam masa yang sama turut ditambah dengan kegagalan beralih ke industri bernilai tambah tinggi dan masalah persaingan dari negara berkos rendah.
Katanya, ia sekaligus mencetuskan kebimbangan disebabkan sektor pembuatan mendorong inovasi, kemajuan teknologi dan penciptaan berkemahiran tinggi.
“Tanpa industri yang kukuh, Malaysia sukar membangunkan sektor -sektor baharu ...

Kini Lebih Mudah, KWSP Perkenal Ciri i-Akaun Secure Dengan Kelulusan ‘One-Tap’
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan ciri keselamatan baharu pada aplikasi mudah alih KWSP, iaitu i-Akaun Secure. Ciri ini membolehkan kelulusan transaksi dalam talian secara ‘one-tap’, sama dengan langkah keselamatan bank seperti Secure2u Maybank atau SecureTAC CIMB.
Dengan ciri ini, pengguna tidak lagi perlu menunggu kod enam digit melalui SMS untuk mengesahkan transaksi dalam aplikasi. Namun, ciri ini tidak boleh digunakan untuk meluluskan transaksi dalam talian melalui laman web desktop KWSP.

“Kalau Saya Boleh Putar Balik Masa…” – ‘Posting‘ Sharnaaz Ahmad Buat Netizen Sebak
Sebelum ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad memaklumkan bapanya, Basir Ahmad telah meninggal dunia pada 27 November yang lalu.
Baru-baru ini, pelakon itu memuat naik foto arwah bapanya di akaun Instagramnya, meluahkan rasa rindu terhadap arwah.
Read More →

Pang Ron-Su Yin tumpas awal
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin gagal meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik selepas tunduk kepada pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Hung Eng Tzu pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Gandingan No. 20 dunia itu yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut tewas dalam pertarungan sengit ditangan pasangan ke-51 dunia yang berlanjutan selama 66 minit dengan keputusan 26-28, 21-14, 22-24.
“Saya rasa kami main kurang baik. Lawan kami ...

Maritim rampas 21 juta batang rokok seludup RM14.8 juta
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 21 juta batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM14.8 juta selepas menahan sebuah vesel nelayan asing di perairan Kelantan, kelmarin.
Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, rampasan 105,250 karton rokok itu dilakukan di lokasi 31.5 kilometer dari Pengkalan Kubor dalam satu operasi, Sabtu lalu.
Katanya, vesel laut dalam yang diubah suai sebagai bot kargo itu tidak mempunyai sebarang nombor ...

“Macam Dah Lama Tak ‘Post’ Dengan… ” – Uqasha Senrose Kongsi Video Bercuti Bersama Keluarga, Netizen Tertanya Dimana Kamal Adli
Baru-baru ini, pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi video percutiannya bersama keluarga menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan Uqasha sedang bergembira meluangkan masa bersama keluarga dan menerusi ruangan kapsyen dia meluahkan rasa syukur dapat bersama mereka sebagai penutup bagi tahun 2024.
Read More →

Kempen Visit Malaysia 2026 Dah Buka Tirai! Jom Rasa Bestnya Malaysia!
Malaysia baru jer lancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan penuh gempak dekat Hangar 6, Sepang, hari ni (6 Januari 2025). Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sendiri yang rasmikan. Siap ada logo baru, maskot comel, lagu tema best, dan pesawat dengan design khas untuk kempen ni!
Lagu tema pun ada!
Lagu bertajuk “Surreal Experiences” pun turut diperkenalkan sebagai muzik rasmi VM2026. Lagu ...

Keputusan Titah Adendum bukti tiada campur tangan badan Eksekutif
PETALING JAYA: Keputusan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan tiada campur tangan Eksekutif dalam Badan Kehakiman negara.
Ahli Parlimen Pasir, Hassan Abdul Karim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan dan tanggungjawab Perdana Menteri yang baik terhadap soal Titah Adendum berhubung tahanan rumah Najib.
“Anwar Ibrahim secara peribadi dan sebagai Perdana Menteri tidak boleh menjawab secara sewenang-wenang sama ada Titah Adendum itu ada atau tidak ada.
“Dalam hal ini kredit atau ...