Pelokon Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak Carabat Football Club (FC). Perkara itu diumumkan menerusi Instagram rasmi kelab bola sepak berkenaan sebentar tadi.
Dalam perkongsian itu turut menyatakan aktor berkenaan mempunyai visi yang berani yang bakal membawa kejayaan kepada kelab berkenaan.
BACA: Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Kahwin Cepat
Read More →

Kian Meng-Pei Jing tersingkir
PETALING JAYA: Impian beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2024 lebur selepas tersingkir pada aksi pusingan kedua, sebentar tadi.
Beregu No. 17 dunia itu terpaksa akur kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeon Na Eun 18-21, 16-21 di Arena Jyske Bank.
Keputusan itu menyaksikan pasangan Korea Selatan, Won Ha-Na Eun berjaya menyamakan rekod pertemuan kepada 3-3.
Pasangan N0. 6 dunia itu seterusnya akan menentang gandingan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling ...

Pengabaian nafkah antara faktor keretakan institusi keluarga – Raja Muda Perlis
KANGAR: Pengabaian nafkah merupakan antara faktor keretakan institusi kekeluargaan dan secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara.
Justeru, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, modul kursus pra perkahwinan yang diguna pakai ketika ini perlu ditambah baik dengan memasukkan kewajiban tanggungjawab nafkah dalam keluarga dan liabiliti perundangan sekiranya komitmen tersebut diabaikan.
Titah baginda, penjelasan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan pengabaian nafkah tersebut juga perlu diberikan penekanan.
“Pengabaian nafkah merupakan antara faktor keretakan institusi kekeluargaan dan secara tidak langsung ...

Nad Zainal, Ungku Ismail Perjelas Sebab Kaburkan Wajah Anak
Pasangan selebriti Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum.
Baru-baru ini pasangan itu ada memuat naik gambar meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka Ungku Indra Puteh Al Maajid kini berusia setahun. Namun, wajah putera mereka itu dikaburkan dalam setiap gambar yang dikongsikan
BACA: Nad Zainal Nafi Dikongkong Suami Sejak Kahwin
Read More →

Petani B40 Nikmati Manfaat IPR
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 2023 banyak memberi manfaat yang positif meningkatkan pendapatan rakyat.
Ia adalah sebahagian langkah intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksana kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.
Untuk info anda, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INSAN yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 ini fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
Inisiatif ...

Murid darjah satu maut, motosikal bertembung van
BALING: Seorang murid darjah satu maut selepas motosikal dinaiki bersama abangnya dan seorang lagi mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Baling-Weng-Tanjung Pari di Kampung Charok Putih, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.35 petang itu, mangsa, Muhammad Darimi Mohd. Naim, 7, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Sementara abang mangsa, Muhammad Daniyal dan rakannya, Muhamad Adam Daniel Mohd. Azam yang masing-masing berusia 10 tahun mengalami kecederaan.
Ketiga-tiga ...

Shah Firdaus melangkah ke separuh akhir keirin, Izzah dan Anis terkandas
PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024, di Ballerup, Denmark, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Ballerup Super Arena itu, Shah Firdaus yang berlumba di saringan ketiga mempamerkan kayuhan bertenaga menamatkan saingan di tempat ketiga.
Tempat pertama menjadi milik pelumba Israel, Mikhail Yakovlev manakala jaguh dari Belanda, Jeffrey Hoogland menduduki di tempat kedua.
Shah Firdaus dijadualkan akan bersaing pada saringan pertama di aksi ...

“Dia Review Ketiak Ke Lipstik? Confuse Kejap”
Perkongsian pelakon Elisya Sandha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mempromosikan produk kecantikan jenama antarabangsa.
Menerusi perkongsian itu, Elisya dilihat memakai gaun tanpa sebelah lengan mengenakan gincu daripada produk kecantikan jenama berkenaan.
BACA: Ibu Mentua Luah Hasrat Nak Cucu Kedua, Elisya Sandha Pula Nak Beli Rumah RM1.2 Juta
Read More →

“Tiada Masa Nak Berfoya-Foya, Isteri Saya Cantik & Sempurna”
Pelakon Shahz Jaszle berkata dia tidak pernah terdetik untuk menduakan isterinya, Nur Hanis Husna biarpun sering bergandingan dengan pelakon jelita.
Memetik HibGlam, Shahz berkata dia bersyukur dikurniakan isteri yang memahami kerjayanya serta menyifatkan Hanis sebagai wanita yang sempurna baginya.
BACA: Shahz Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Dilabel Penyondol
Menurut Shahz lagi, di usia 36 tahun tiada masa lagi untuk berfoya-foya dan dia akan terus pulang ke rumah sebaik sahaja selesai penggambaran.
“Apabila berada dalam bidang ini, pasti khalayak terfikir mustahil ...

“Cari Orang Yang Faham Tanggungjawab, Macam Mana Nak Galas Tanggungjawab Tu”- Neelofa Beri Nasihat Cari Suami
Usahawan terkenal dan selebriti, Noor Neelofa memberi nasihat kepada adik perempuannya, Nur Ameera untuk mencari suami yang bertanggungjawab dan faham tanggungjawab sebagai seorang suami.
Menerusi sebuah podcast,bekas pengacara program MeleTOP itu berpendapat seorang lelaki mampu menjadi ketua keluarga yang baik sekiranya mereka memahami tanggungjawab mereka berlandaskan ajaran agama Islam.
Saya ada seorang adik yang belum berkahwin, saya selalu cakap dekat dia kalau nak kahwin benda pertama kena cari orang yang faham tanggungjawab dan macam mana nak galas tanggungjawab ...